Puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, laman web Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta'lim TTDI berjaya dilbina untuk dijadikan halaman pelbagai maklumat ad-Deen Islam dan aktiviti dakwah pusat pengajian Yayasan Ta'lim ini.

Bermula dari peringkat yang sangat sederhana sebagai sebuah kelas pengajian agama yang diadakan di rumah dan kemudian di bilik pejabat pada 1991, Yayasan Ta'lim telah melalui perkembangan demi perkembangan untuk kini menjadi sebuah tempat pengajian yang menawarkan segala jenis ilmu agama kepada masyarakat sekitar.

Kini Yayasan Ta'lim menerokai  halaman web ini bagi membuat penyebaran dakwah tanpa mengira sempadan masa dan tempat untuk kepentingan ummah .Tujuan utama ialah untuk memperluaskan dakwah secara global bagi mengislahkan masyarakat Islam di Nusantara khasnya dan di seluruh dunia amnya melalui kemudahan keilmuan yang dianjurkan oleh Yayasan Ta'lim. Kita menyeru masyarakat ke jalan yang lurus dengan menyampaikan yang haq dan menyuruh kepada yang ma'ruf dan melarang yang mungkar.

Dalam melaksanakan tugas ini yang memakan pembiayaan yang besar kami memerlukan kepada sumbangan bagi membantu kami dalam segi pembiayaan kos operasi dan penyelenggaraan berkala dan naik taraf.

 

1. Masukkan ke dalam akaun YAYASAN TA'LIM

Nama : YAYASAN TA'LIM

No Akaun : 1416-0000121-102

Nama : YAYASAN TA'LIM

No Akaun : 564276815027

 

2.  Untuk sebarang makluman sila berhubung melalui emai  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it @ faks ke nombor 03-77288067 @ di talian : 03-77275067 / 03-77282393 / 019-2821100

SEKIAN, TERIMA KASIH.

 

 

 

 

Last Updated ( Thursday, 20 May 2010 15:10 )