Dengan Nama Allah yang lagi maha pemurah lagi maha penyayang

 

Segala puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah inayahNya, laman web Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta'lim TTDI berjaya dilancarkan untuk dijadikan Pusat Hentian Utama ("One Stop Centre") pelbagai maklumat ad-Deen Islam dan aktiviti dakwah pusat pengajian Yayasan Ta'lim ini. Laman ini juga merupakan Pusat Interaksi "Online" di antara Yayasan Ta'lim dan pengguna-pengguna bagi perbincangan dan penyelesaian permasalahan semasa dalam masyarakat . Semoga laman web ini akan memberi manfaat kepada semua, bukan sahaja kepada ahli jamaah Yayasan Ta'lim bahkan kepada ahli masyarakat awam kerana ia berkomited untuk menyeru masyarakat ke jalan yang lurus dengan menyampaikan yang haq dan menyuruh kepada yang ma'ruf dan melarang yang mungkar.

Apa Kata Jemaah Yayasan Ta'lim ?

 

Saya dapati kelas-kelas pengajian secara amnya amat menarik. Kuliah-kuliahnya berkesan, baik dari segi penyampaian mahupun isi kandungannya. Kepelbagaian cabang agama yang diadakan sangatlah memberi manfaat dan kemudahan kepada mereka yang ingin mendalami ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah SAW.
Selain dari itu, kelas-kelas yang disediakan mengambil kira bukan saja kefahaman agama dan pendidikan akhlak kepada peringkat dewasa, tapi juga kepada seluruh keluarga termasuk golongan remaja dan anak-anak.

 

- Zohara M S Khan

 

Saya tinggal di Seremban dan 2 hari setiap minggu mengikuti 4 buah kelas di KL termasuk di Yayasan Ta'lim. Saya datang dengan bas atau kereta api dan kadang-kadang suami saya menghantar saya. Saya memilih untuk menghadiri kelas-kelas tersebut kerana ilmu yang dapat saya perolehi dari kelas-kelas tersebut. Saya yakin dengan ilmu yang disampaikan kerana hujjah-hujjahnya menepati Al-Quran As-Sunnah.

 

- Mastri Baba

 

Kuliah-kuliah yang ditawarkan di Yayasan Ta'lim mendapat sambutan menggalakkan kebelakangan ini disebabkan:-
- Tenaga-tenaga pengajar terdiri dari mereka yang berilmu, serta pakar dalam bidang masing-masing. Mereka banyak membuat persediaan sebelum penyampaian kuliah-kuliah, menjadikan kuliah-kuliah mereka menarik serta berkesan.
- Bidang ilmu yang ditawarkan pelbagai dan amat diperlukan oleh khususnya warga-warga emas yang tidak berpeluang mempelajarinya pada masa lampau.
- Tempat selesa dan mempunyai prasarana yang baik seperti monitor screen bagi mengatasi ruang yang kurang mencukupi.

 

- Fitriah Yusof

 

Saya telah mengikuti pengajian di Yayasan Ta'lim sejak beberapa tahun yang lepas bersama isteri saya. Pengajian di sini cukup sistematik, menarik serta merangkumi banyak tajuk dalam bidang agama tambahan pula dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkaliber dan mahir dalam bidang masing-masing. Di dalam sepanjang hidup saya inilah satu-satunya tempat pengajian di mana saya telah dapat memahami dan mendalami ilmu agama yang bersandarkan Al-Quran dan Sunnah di mana telah meningkatkan kualiti amalan saya, insya-Allah. Syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta'lim.

- Mohamed Md Rashdi

 

Last Updated ( Thursday, 20 May 2010 16:09 )