.
Home Sumbangan

Dengan Nama Allah yang lagi maha pemurah lagi maha penyayang

 

Segala puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah inayahNya, laman web Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta'lim TTDI berjaya dilancarkan untuk dijadikan Pusat Hentian Utama ("One Stop Centre") pelbagai maklumat ad-Deen Islam dan aktiviti dakwah pusat pengajian Yayasan Ta'lim ini. Laman ini juga merupakan Pusat Interaksi "Online" di antara Yayasan Ta'lim dan pengguna-pengguna bagi perbincangan dan penyelesaian permasalahan semasa dalam masyarakat . Semoga laman web ini akan memberi manfaat kepada semua, bukan sahaja kepada ahli jamaah Yayasan Ta'lim bahkan kepada ahli masyarakat awam kerana ia berkomited untuk menyeru masyarakat ke jalan yang lurus dengan menyampaikan yang haq dan menyuruh kepada yang ma'ruf dan melarang yang mungkar.

Apa Kata Jemaah Yayasan Ta'lim ?

 

“….Yang membuatkan saya datang belajar di sini kerana pengajian berlandaskan Al-Quran dan Hadith Ar Rasul SAW….”

- Alimaton Bt. Othman

 

“Yayasan Ta’lim ini menawarkan pembelajaran yang begitu menyeluruh….”

- Radziah Hamidun

 

“Sangat mudah, selesa, dan banyak kelas….”

- Nizlan Bin Mohamed

 

“Banyak alat pandang dengar, bersih, sistematik. Serta ada kelas khas untuk remaja dan kanak-kanak”

Dr. Abu Bakar Mohamed.

 

“Kandungan ilmu yang ditawarkan, kaedah mengajar tenaga pengajar serta suasana pembelajaran di sini adalah faktor-faktor penarik….”

-  Dato’ Habibah binti Ahmad Termizi

 

“….Sangat mementingkan aqidah yang betul. Penyampaian kuliah amat menarik dan berkesan”.

-  Raja Norian

 

“Suasana di Yayasan Ta’lim juga sangat mesra dengan staf yang begitu sopan dan prihatin menyebabkan saya tidak kekok walaupun sering datang sendirian….”.

-  Azizah Ariffin

 

“Saya suka Yayasan Ta’lim kerana attitude yang terbuka terhadap orang yang mempunyai ilmu (agama) yang sikit. Tenaga pengajar dan kakitangan-kakitangannya bersikap bersungguh dalam menyebarkan agama Islam. MogaAllah rahmati segala usaha Yayasan Ta’lim….”.

-  Anisah Lee