Puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, laman web Pusat Pengajian Islam Darul Ta'lim TTDI berjaya dilbina untuk dijadikan halaman pelbagai maklumat ad-Deen Islam dan aktiviti dakwah pusat pengajian Darul Ta'lim ini.
Bermula dari peringkat yang sangat sederhana sebagai sebuah kelas pengajian agama yang diadakan di rumah dan kemudian di bilik pejabat pada 1991, Darul Ta’lim telah melalui perkembangan demi perkembangan untuk kini menjadi sebuah tempat pengajian yang menawarkan segala jenis ilmu agama kepada masyarakat sekitar.
Kini Darul Ta’lim menerokai halaman web ini bagi membuat penyebaran dakwah tanpa mengira sempadan masa dan tempat untuk kepentingan ummah .Tujuan utama ialah untuk memperluaskan dakwah secara global bagi mengislahkan masyarakat Islam di Nusantara khasnya dan di seluruh dunia amnya melalui kemudahan keilmuan yang dianjurkan oleh Darul Ta’lim. Kita menyeru masyarakat ke jalan yang lurus dengan menyampaikan yang haq dan menyuruh kepada yang ma'ruf dan melarang yang mungkar.
Dalam melaksanakan tugas ini yang memakan pembiayaan yang besar kami memerlukan kepada sumbangan bagi membantu kami dalam segi pembiayaan kos operasi dan penyelenggaraan berkala dan upgrading.
Dengan itu kami mengalu-alukan sumbangan sdr/i kecil atau pun besar bagi membantu kami meneruskan kerja-kerja ini. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat memainkan peranan kita masing-masing dalam jihad menyampaikan ilmu dan membangun kembali ummah demi mendapat keredhaan Allah SWT. Kita berdoa kepada Allah SWT untuk membantu kita .
Sila salurkan Sumbangan anda melalui beberapa cara :
Yuran Keahlian
1. Masukkan ke dalam akaun YAYASAN TA'LIM
| Bank |
CIMB |
| Nama |
Yayasan Ta'lim TTDI |
| No Akaun |
1416-00001-211-02 |
2. Untuk sebarang makluman sila berhubung melalui email
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
faks ke nombor 03-77288067 @ di talian : 03-77275067 / 03-77282393 / 019-2821100
SEKIAN, TERIMA KASIH.
|