Islamic Learning Centre
     
 

EDISI KHAS

Untitled Document

DAFTAR MASUK






Lupa password?
Tiada Akaun? Daftar
Untitled Document

Pusat Pengajian Islam
(Darul Ta'lim)
No44a Lrg Rahim Kajai 14
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel : 0377282393/
0377275067
Fax : 0377288067
Klik untuk hantar email

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_counterHari Ini105
mod_vvisit_counterSemalam137
mod_vvisit_counterMinggu Ini242
mod_vvisit_counterThis month922

Siapa Online

We have 6 guests online
 
   
     
 
Info Qum Faandzir

INFO KULIAH QUM FAANDZIR

OBJEKTIF KULIAH & METODOLOGI
 

1. Untuk memberi kejutan kepada minda, sikap dan perlakuan umat yang  ‘oblivious’  tentang apa yang sedang berlaku di dunia sekarang. 

2. Untuk memberi kesedaran bahawa ramai daripada umat Islam sekarang telah tertipu dengan keadaan yang mengaburkan kebenaran. Di tambah lagi dengan adanya agenda-agenda tersembunyi musuh yang bergerak secara halus bagi menghancurkan umat Islam.

3. Untuk memberi peringatan  supaya kita dapat berhati-hati dan tidak terperangkap ke dalam jerat mereka.

4. Untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada seluruh jamaah supaya dapat menjadi bimbingan dalam kehidupan serta menjadi pedoman dalam pembentukan sikap counter reactive terhadap permasalahan Islam kontemporari yang dihadapi baik di Malaysia ,Sudan,Lebanon ,Indonesia dan di dunia2 Islam demi menjaga kemurnian AdDeen.

 

 

Kembali

PERSPEKTIF (Learning Outcomes):
 

Dengan mengikuti kuliah ini, kita mula sedar begitu halus musuh memasuki dan menakluki pemikiran kita sehingga tanpa disedari kita mungkin atau sudah pun terjerumus ke jalan yang tidak diredhai Allah SWT. Para peserta akan merasa amat bersyukur kerana didedahkan kepada selok-belok rahsia dakyah-dakyah musuh yang ingin menyesatkan umat Islam dan memesongkan mereka dari ajaran yang sebenarnya.. Ustaz Ariffin begitu menitikberatkan maklumat-maklumat terkini dan hal ehwal semasa berkaitan dengan strategi musuh Islam ini baik di dalam dan luar Negara. Maka, para peserta kuliah dapat melihat gambaran semasa keadaan dunia Islam hari ini.

 

Kembali

SILIBUS:
 

    Qum Fa ‘Andzir;

    1. Landasan berfikir dalam menghadapi serangan aqidah,pemikiran, sosial dan budaya yang dihadapi umat Islam dewasa ini di Nusantara, khususnya dan di dunia, amnya.
    2. Ciri-ciri penyimpangan-penyimpangan aqidah yang dilakukan oleh kelompok umat Islam seperti : Khawarij, Mu’tazilah, Syiah, Ismailiyah, Bahaiyah, Ahmadiyah (Qadiani),dan Pemahaman tasawuf yang sesat seperti Wahdatul Wujud, Hulul, Itthad; Batiniyah yang dipraktikan intoto atau sebahagianya oleh orang Islam khususnya diMalaysia/Nusantara.
    3. Memahami beberapa penyimpangan dalam pemikiran Islam masyarakat moden seperti sekularisme, rasionalisme, spiritualisme, liberalisme, demokrasi, human rights, pluralisme, persamaan hak-hak manusia serta pengistilahan perkataan-perkataan seperti extremism, terrorism, wahhabism dan moderate Islam dll.yang direkabuat oleh barat dan pemikir-pemikir kebaratan.
    4. Memahami bahayanya penulisan-penulisan putar belit yang bermuslihat yang dilakukan oleh para orientalis barat dari school of orientalist studies sp: McGill, LS dan lain2  terhadap al Quran, tafsir, sejarah, hadis, hukum fiqah, sirah nabi, sejarah umat Islam dan sebagainya
    5. Mendedahkan strategi barat untuk menghancurkan umat Islam melalui gerakan zionisme yahudi, strategi dakyah Kristian, strategi dadah, judi, filem, hiburan, permainan, budaya materialisme, hedonisme, individualisme dan economic hegemony melalui globalizasi dan international laws.

     

    Falsafah Seerah;

    1. Sejarah hidup Nabi Muhammad S.A.W dilihat dari segi falsafah dan panduan hidup masyarakat muslim bukan hanya sebagai cerita semata-mata.
    2. Sunnah Rasul dalam akhlak dan keperibadian sehingga menjadikan Rasul sebagai manusia mithali dalam setiap sisi kehidupan.
    3. Organisasi dan pengurusan Rasul dalam bidang ekonomi, keagamaan, militant dan kenegaraan sehingga menjadikan negara Madinah   negara mithali bagi peradaban umat manusia.
    4. Mukjizat Rasul terhadap alam, binatang, matahari, bulan sebagai bukti kerasulan nabi sebagai rahmat bagi seluruh alam dan pada yang sama juga karamah wali2Allah diterima pakai oleh masyarakat sebagai tanda2 kemurshidan tuan2 guru mereka secara esoteric/mystical dan menyebabkan mereka mengikuti ajaran guru dan bukan Rasul.
 

Kembali

SINOPSIS:
  
 

Kembali

RUJUKAN PELAJAR:
 
  1. Buku Qum Faandzir, Darul Ta’lim, TTDI
 

Kembali

RUJUKAN PENGAJAR:
 
  1. Ajaran Sesat di Indonesia, Hartono Jais, Dewa Sakun
  2. Al Milal Wah Rihal, Syahrastani, Lebanon
 

 

 

 
 
     
Islamic Learning Centre