Islamic Learning Centre
     
 

EDISI KHAS

Untitled Document

DAFTAR MASUK






Lupa password?
Tiada Akaun? Daftar
Untitled Document

Pusat Pengajian Islam
(Darul Ta'lim)
No44a Lrg Rahim Kajai 14
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel : 0377282393/
0377275067
Fax : 0377288067
Klik untuk hantar email

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_counterHari Ini97
mod_vvisit_counterSemalam137
mod_vvisit_counterMinggu Ini234
mod_vvisit_counterThis month914

Siapa Online

We have 1 guest online
 
   
     
 
info Asmaul Husna

INFO KULIAH ASMAUL HUSNA

OBJEKTIF KULIAH & METODOLOGI
 

Al-Asma’  bererti nama dan Al-Husna bererti terbaik. Allah swt menegaskan kepada kita di dalam al Qur’an bahawa Dia mempunyai Al Asma’al Husna (Qur’an surah al-A’raf:180, al-Isra”:110, Thaha: 110, al-Hasyr: 24). Allah juga mengajak manusia untuk berdoa dan menyeruNya dengan sifat-sifat/nama-nama yang terbaik itu (Qur’an surah al-A’raf:180 dan al-Isra”:110).

Kuliah ini bertujuan untuk :

  • Mengetahui, memahami dan menghayati  nama-nama Allah sebagai  satu jalan untuk mengenal keagungan Allah SWT agar wujud rasa takut, kasih dan penghambaan yang tidak berbelah bagi kepada Allah yang Maha Esa.
  • Memahami nama-nama Allah bagi memperkukuhkan iman dan keyakinan seseorang terhadap Allah.
  • Menghayati keindahan sifat-sifat Allah dan  mendorongnya berusaha meneladani sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri, agar menjadi budaya hidup umat muslimin, yang akan membawa kepada pembentukan umat yang diredhai Allah.
  • Supaya dapat berdoa dengan menyebut sifat-sifat yang sesuai dengan kandungan permohonan/doa yang menjadi penyebab dimakbulkan doa itu dan ia akan memberi ketenangan dan harapan dalam jiwa pemohon kerana ia yakin Allah mendengar pemohonannya.
 

Kembali

PERSPEKTIF (Learning Outcomes):
 
    1. Kefahaman tentang sifat/nama Allah ini memberi kesan dan impak yang sangat besar atas aqidah dan ketaqwaan seseorang. Timbul rasa keinsafan dan kesedaran yang boleh melahirkan sikap-sikap yan positif dan membantu seseorang dalam perjuangan menuju kearah menjadi insan yang diredhai Allah.
  • Dengan cara mengetahui tentang Allah melalui Asma ( sifat ) ini, seseorang hamba itu benar-benar dapat mengenal Allah yang boleh membawa kepada rasa cinta dan keinginan bertemuNya. Matlamat terakhir kita ialah Allah.
  • Supaya Khaliq dan MakhlukNya dapat mengadakan dialog tersendiri.
 

Kembali

SILIBUS:
 

Kuliah Al-Asma’ Al-Husna membincangkan 99 nama-nama Allah satu persatu. Huraian nama-nama Allah disertai dalil-dalil yang qata’i. Dalam kuliah ini kita juga dibimbingkan bagaimana bertakhalluk dengan nama/sifat-sifat Allah itu. Disertai juga dengan setiap sifat/ nama Allah, satu doa untuk diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

 

Kembali

SINOPSIS:
  
 

Kembali

RUJUKAN PELAJAR:
 
  1. Al-Qur’an dan Terjemahannya
  2. Buku Asmaul Husna Jilid 1-5, Darul Ta’lim TTDI

 

 

Kembali

RUJUKAN PENGAJAR:
 
  1. Asmaul Husna, M. Quraish, Lentera Hati, 1999
  2. Menyingkap Tabir Illahi, Shihab
  3. Asmaul Husna-Perspektif Al-Ghazali
  4. Asmaul Husna-Makna & Khasiat
 

 

 

 
 
     
Islamic Learning Centre