KULIAH QALBUN SALIM ( Hati yang Sejahtera ) | OBJEKTIF KULIAH: | Untuk menginsafkan diri kita tentang besarnya pengaruh kesucian hati dalam memancar dan membuahkan akhlak yang mengkagumkan. Untuk peka tentang apakah sifat-sifat yang tercela (mazmumah) dan apakah sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) dengan berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran & Hadith. Untuk menyucikan hati daripada sifat-sifat yang keji dan mengisikan dengan sifat-sifat terpuji memerlukan usaha & mujahadah yang gigih dan berterusan dalam melawan hawa nafsu dan syaitan, dan ini mesti dilaksanakan secara sedar. Tanpa mempunyai bantuan ilmu tentangnya, tidak akan lahir usaha untuk menuju kearah mensalimkan qalbun.
| Kembali | | PERSPEKTIF (Learning Outcomes): | Pengutusan Nabi SAW adalah bagi membimbing dan menyempurnakan akhlak manusia baik dalam hubungannya dengan Pencipta, sesama manusia dan dengan semua makhluk amnya. Menyedari hakikat pentingnya kedudukan akhlak yang mulia di sisi Allah, dan hakikat bahawa harta dan anak tidak mampu memberi manfaat di akhirat, kecuali mereka yang datang kembali kepada Allah dengan membawa hati yang suci (salim), maka amat penting untuk kita memberi tumpuan yang sewajarnya ke arah mencapai Qalbun Salim (hati yang sejahtera). | Kembali | | SILIBUS: | - Akhlak mazmumah yang dibincangkan adalah Riya’& Sum’ah, Ujub & Takabbur, Hasad Dengki, Zalim, Marah, Penakut, Dusta, Bakhil, dan Tamak.
- Akhlak mahmudah yang dibincangkan adalah Sabar, Iffah, Tawaddu’, Berani, Adil, Bijaksana, Amanah, Tasamuh, Qanaah, Zuhud, dan Intiqad.
- Bagaimana bertakhalluk dengan sifat-sifat Allah swt yang agung.
| Kembali | | SINOPSIS: | Berapa ramainya kita umat Islam yang beramal syariah Islam dengan baik, tetapi tidak mahu memiliki hati yang suci (salim), dan akhlak yang mulia. Untuk memperolehi keduanya perlu bermujahadah, melawan nafsu dan syaitan. Sebelum itu perlu kepada ilmu-ilmu yang boleh membantu kita dalam perjuangan itu. Ilmu yang sangat bermanafaat bagi mengenal diri insan, dan ingatilah diri sendiri bahawa di akhirat kelak tiada apa harta dan anak-anak yang bermanfaat kecuali yang datang bertemu Allah dengan hati yang salim. | Kembali | | RUJUKAN PELAJAR: | - Qalbun Salim Buku 1-3, Darul Ta’lim, TTDI - Muat turun dengan klik icon buku di muka hadapan.
|
| Kembali | | RUJUKAN PENGAJAR: | - Qalbun Salim-Hiasan Hidup Muslim Terpuji, Dr. Mustafa Kamal Pasha, Citra Karsa Mendiri, 2002.
- Madarijus Salikin, Ibnu Qayyim, Pustaka Al Kauthar, 2002
- Thibbul Qulum, al-Imam Qayyim al-Jauziyyah
- at-Targhib wat-Tarhib, Imam al-Mundiri
|
| |
|